Menjadi seorang surirumah tidaklah semudah yang disangkakan…. Yang sebenarnya tuhan aje yang tahu betapa letihnya jaga anak , masak untuk suami dan anak, kemas rumah, basuh kain dll…..tetapi kita tak tahu disebaliknya betapa banyaknya pahala atau ganjaran yang kita dapat untuk bekalan di akhirat kelak at least dapat la skit pahala daripada x ada langsung betul tak????so surirumah di luar sana teruskan kerjaya anda.. kalau rasa boring dan nak menambah pendapatan apa salahnya buat la something yang kita minat contohnya jual cupcake ke.. Aku pun teringin nak buat bisnes gak tapi tak decide lagi nak buat apa...apapun apa kita buat kena ikhlas dan niat kerana Allah s.w.t...InsyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita..dan kehidupan kita diredhai Allah baik di dunia mahupun di akhirat..
Aku ni baru anak sorang kalau ramai tak tahu la camner ye??? Tapi org dulu-dulu anak ramai boleh juga besarkan budak – budak ni sampai berjaya…Berbeza dengan keadaan sekarang anak tak lah ramai pun tapi banyak sangat masalah sosial dan maksiat yang semakin serius dikalangan remaja..nauzubillah semoga keluarga kita dilindungi Allah s.w.t ..mintak dijauhkan benda-benda yang tak elok ni especially anak-anak kita yang sedang membesar ni…Amin.. so, aku nak share few tips untuk melembutkan hati anak-anak dan yang sewaktu dengannya... actually member aku yang bagi (Azean Suheley) ex roommate aku dulu masa kat PPP, dia ni memang baik dapat pulak suami baik..Alhamdulillah..anak dia dah 2 orang so ,thanks yan aku harap hang x kisah aku published ur tips kat blog aku ni ..harap kita sama-sama dapat manfaat daripada tips yang dia bagi ni ..Apa yang baik datang daripada Allah.. Yang buruk datang daripada kita sendiri…
antara tips sama ada nak lembutkan hati anak or apa2 jer la harapan kita pada diaorang.sejak drpd baby lagi, selalu amalkan baca:
1. Surah Al-ikhlas & tiupkan pada telinga kiri anak:
>>niatkan supaya anak dijauhi drpd gejala sosial & maksiat and perkara2 tak elok
2. Surah AL-Qadr & tiupkan pd telinga kanan anak
>>niatkan anak didekatkan dgn perkara2 kebaikan, didekatkan dgn pintu2 rahmat/pintu2 syurga/pintu2 rezeki
3. Al-Insyirah (alam nashroh..)supaya anak terang hati, bijak, cerdik, anak soleh, etc..
Lagi..time anak2 tido, selalu sembang2 & tiupkan kat ubun2 anak, apa harapan kita pada dia..
kalao kita rasa bersalah, just ngaku jer dgn dia, peluk cium dia..doakan yg baik2 utk dia,,apa2 ko nak luahkan kat dia..cakap jer & tiup pada ubun2..anak2 akan rapat & rasa dekat dgn kita, wpon kita jauh..or selalu jarang jumpa anak2..insyallah..kalau perasan, mata anak yg tgh tido tu sometimes berkedip2..antara sedar dgn tak..otak dia bole hgenerate apa2 yg kita cakapkan//lagipon kata2 mak ayah adalah doa utk dia orang..so, always cakap perkara2 yg baik & elok dgn anak2..insyallah..
lagi..time buat susu or tgh menyusu..baca surah AL-Insyirah..mudah2an hati depa tenang, mudah dgr kata & bukan seorang anak yg penakut..
Inilah diantara tips yang aku dapat dari member aku..so jangan lupa amalkan dari sekarang...
Saturday, February 28, 2009
Tips Anak Soleh
Posted by Siti Nasibah at 3:42 AM 1 comments
Thursday, February 26, 2009
Epol's Wedding
Posted by Siti Nasibah at 5:42 AM 0 comments
SELAMAT PENGANTIN BARU
Posted by Siti Nasibah at 4:09 AM 0 comments
Sunday, February 8, 2009
My Sweetie Nor Shafiqah Nor Azri...
8hb Julai tahun ni genap ler anak aku berumur 3 tahun... kejap je rasanya anak aku membesar... yang seronoknya budak2 umur antara 2 hingga ke 5 tahun ni ler yang best tengok telatah diorang, masa ni la jugak mak bapak perlu memainkan peranan membentuk diorang punya karakteristik... tapi, jangan lupa didikan agama jugak penting dalam membesarkan anak2... so, lepas sembahyang tu jangan lupa doa banyak2 supaya kehidupan kita dan keluarga sentiasa dilindungi dan diberkati Allah swt... Amin...
Posted by Siti Nasibah at 6:07 AM 4 comments
Wednesday, February 4, 2009
Assalamualaikum...
Posted by Siti Nasibah at 8:22 AM 1 comments